Tips & Tricks

Ruangan ini adalah berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan IT (Informasi dan Teknologi). Segala curahan ilmu, pendapat, pengalaman, pengetahuan, pendapat adalah sumber daripada kami sendiri. Kami juga akan berkongsi dengan sumber-sumber lain yang bersesuaian samada dari blog-blog, laman web, artikel dan sebagainya untuk tatapan umum.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

FAEDAH KOMPUTER TERPAKAI

Komputer terpakai memang biasa dengan rakyat Malaysia. Walaupun tepakai ia tetap boleh digunakan seperti biasa.

Bagi sesetengah syarikat, menukar komputer selari dengan perkembangan teknologi komputer adalah perlu. Jadi, komputer yang baru berusia 3 tahun sudah dianggap terpakai.

Apa yang boleh dilakukan dengan komputer terpakai?

  • Membeli untuk kegunaan sendiri. Harga komputer terpakai adalah lebih murah berbanding komputer baru. Dengan kurang RM800, seseorang pembeli boleh memiliki sebuah komputer lengkap dengan monitor, keyboard, mouse, CPU dan juga aksesori tambahan lain.
  • Membeli komputer terpakai untuk tujuan alat ganti. Tahukah anda, menjual alat ganti satu persatu pada komputer adalah lebih menguntungkan berbanding menjual sebiji komputer satu set penuh. Alat ganti boleh dijual semula kepada kedai komputer atau individu yang memerlukan.
  • Kitar semula komputer. Konsep kitar semula komputer lebih sesuai untuk komputer rosak. Bahan buatan komputer yang terkandung dalam komputer amat bernilai harganya. Contohnya, bahan-bahan seperti emas, kuprum, aluminium dan besi yang boleh diperolehi hasil daripada proses kitar semula.
  • Membantu kepada mereka yang memerlukan komputer. Tidak semua orang mampu memiliki komputer terutamanya mereka yang kurang bernasib baik.Pemberian percuma kepada sekolah, rumah kebajikan dan kumpulan tertentu adalah sikap mulia. Selain dapat membantu, ianya juga dapat mengawal komputer terpakai daripada dibuang begitu sahaja.